Tuesday, September 27, 2005
Rumah Baru

Waaaa... Nampaknye terpaksa la saye berpindah ke rumah baru ni. Tblog asyik meragam je. Malas sebenarnye nak tukar˛ umah ni. Kalo orang kaye takpe la gak. Banyak abis duit tau. Ahaks :D

Posted at 12:05 am by firdee
Dah ada 2 komen  

Siap juga akhirnya

Yeeehuuuu... Akhirnya berkat usaha yang tak pernah jemu untuk mengkaji blogdrive ni membuahkan hasil apabila rumah baru saya ni sudah dapat didiami dengan selesa. Buat masa ni, setakat ni je lah yang saya mampu nak renovate rumah ni. Kalo ade duit lebih sket lepas ni leh la saya tambah lagi sket rumah ni.

Posted at 04:38 pm by firdee
Dah ada 2 komen  

Wednesday, September 28, 2005
Kepala pusing

Waaa... Sejak kebelakangan ni kepala ni senang sangat nak pening. Dah lame tak pening camni. Bila cite kat mak dia akan cakap "...tu la, 24 jam kat depan pc je. Mane tak pening". Mane ade 24 jam dok ngadap pc. ngadap dari kol 8 pg-12.30 tgh. Pastu sambung kol 2.30 ptg-6 ptg. Tu je. Kalo malam pun ade la sejam dua. Hmm... Tapi bila sampai pening tu hanya Allah aje la yang tau betapa siksanya diri ini. mmg tak leh nak wat keje time tu. Kepala kena letak kat bantal je la time tu. Dalam masa dua minggu ni nak taknak kena gak ngadap komputer selalu sebab nak siapkan tempahan orang. Kalo tak nanti hilang lak kepercayaan orang kat kita. Dah tak de projek masuk dah. Walaupun projek kecik je tapi Alhamdulillah la. Boleh la nak kumpul duit utk tampung stadi ke level 4 bulan depan.

Posted at 09:21 am by firdee
Nak komen?  

Juara Malaysian Idol yang ke ?

Ni ada satu home video daripada peminat cilik Anuar Zain. Tak tau la kalo korang dah tengok ke belom. So saya nak kongsi klip ni ngan korang. Budak ni mmg cute sangat. Klik link kat bawah ni utk menonton:

Bakal Malaysian Idol

Posted at 09:37 am by firdee
Nak komen?  

Thursday, September 29, 2005
Terkenang kembali

Semalam tengah drive nak gi bandar ade la beberapa mamat motor ni gi race ngan si mamat kete kancil. Laju gak mamat motor ni drive. Bila tgk diorang tu teringat zaman dolu-dolu time tengah blaja kat Kuantan (2000-2003).

Adalah satu hari ni kitorang esoknye(sabtu) takde kelas. So membe saye ni sewa la kereta kancil sebab dia ajak kitorang overnite mlm tu. Malam tu kitorang dia bawak overnite kat TC(Teluk Cempedak). Masa overnite tu mcm2 la yang dapat kitorang perhatikan gelagat manusia majoriti anak2 muda melayu ni. Kebanyakan dari mereka dok berdua2an kat beberapa port yang jauh dari orang lain. Ni adalah kali pertama dalam hidup saya ikut bebudak ni overnite. Memang tak sangka lah pantai TC yang sentiasa ramai dengan pengunjung di siang hari masih ramai juga pada tengah pagi.

Kitorang balik ke rumah sewa lebih kurang jam 5 pagi sebab dah nak masuk waktu subuh. Bila semua dah masuk dalam kereta joe ni pun drive la. Masa nak keluar dari pantai TC tu kami melepasi geng2 mat rempit ni. Tetiba je diorang bersorak kat kitorang. Joe dengar je diorang bertempik dia cakap kat kitorang dengan kondifen dan muka selambenye "...diorang tu nak ajak kita race la tu". Apa lagi, Joe ni pun galak la. Bukan main laju je dia drive nak keluar dari TC tu.

Lebih kurang seminit lepas tu bila saya toleh belakang nampak 2 orang daripada geng mat rempit tadi follow kitorang dengan lajunye. Dalam hati saya ingat mmg betul la diorang ni nak race. Bila dua orang mat rempit tu sampai je kat sebelah kereta salah sorang pun menjerit "...oooiii!!! Bonet kete ko tak tutup!!!" Bila saya pandang belakang saya tengok terjongket je bonet kete kancil tu. Ya Allah... Punye la malu kitorang ngan bebudak tu. Saya yang tadi dok asyik pandang belakang pun tak perasan yang bonet kete tu tak tertutup. Lepas tu joe pun stop kat tepi jalan n tutup bonet. Mamat motor tu pun tanye la kat joe "...apasal ko laju je time kitorang kejar nak kasitau pasal bonet kete ni?". Joe pun cakap "...mane la aku tau, ingat kan korang nak ajak aku racing".

Bila mengingatkan balik kisah ni saye tergelak je sensorang. Ahaks...

Posted at 09:47 am by firdee
Dah ada 1 komen  

Msjbox TimeOut

Alhamdulillah... Setakat harini memang saye kompem dapat datang ke gath msjbox. Pagi tadi baru je pi beli tiket bas utk ke KL sabtu ni. Kali ni memang nekad nak gi gak gath ni. Bukannye ape, gath2 yang lepas satu pun tak pernah gi. Ye lah, takde kesungguhan nak melibatkan diri. Walaupun ade suara2 sumbang yang cakap kat saya "...watpe ko gi gath tu, mendatangkan faedah ke?" Kalo time saye malas memang saye ikut je cakap orang yang macam tu tapi kali ni memang nak libatkan diri. Tujuannye bukannye tak baik, dapat menambah kenalan dari seluruh ceruk malaysia ni. Hmm... Camne la agaknye perjumpaan pertama ahli2 msjbox sabtu ni. Harap ramai le yang datang dan berjalan dengan lancar...

Posted at 05:37 pm by firdee
Dah ada 2 komen  

Friday, September 30, 2005
Tanda-tanda kiamat yang telah berlaku

Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah

Menghias masjid & membanggakannya

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ george bush

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." – Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq

Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" – Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

 


Posted at 10:01 am by firdee
Nak komen?  

Saturday, October 01, 2005
Msjbox TimeOut - 1st Gathering

Perjalanan Ke Maju Junction

Pagi tadi kol 10.30 bertolak dari Bandar Ikan Patin (Temerloh) dengan menaiki bas Bulan Restu. Kol 12.40 sampai la saye kat Stesen Bas Pekeliling dengan selamatnye. Terus ke Stesen Star LRT Titiwangsa dan beli tiket ke Stesen Bandaraya. Sampai kat Stesen Bandaraya terus masuk dalam Sogo. Keluar Sogo dan lalu depan Pertama Kompleks dan dah nampak Maju Junction. Masa masuk dalam Maju Junction dalam jam 1.30 ptg. Cari gak mane la kedai jual cokelat n kerusi biru. Cari punya cari tak juga jumpa. Sampai la kat level 2 dan setingkat lagi nak ke tempat pertemuan. Kat level 2 ni dok la tunggu kalo ade bebudak ni lalu kat situ. Nak contact sodep takde no phone dia. Saya pun msg la si Cik Diari. Dia ckp dia tak sampai lagi, On the way katanya. Last2 jam dah menunjukkan jam 3 ptg. Dah sejam setengah dah tunggu ni. Saya pun msg balik Cik Diari dan saya ckp kalo takde sampai kol 4 ptg saya balik sebab bas kol 5.30 ptg. Pastu, terdengar bunyi lagu arab berkumandang (ringtone hs saye la) dan tertera nama CIK DIARI. Dia tanya saya kat mana, n saya jawab kat level 2. Dia ckp "... laa...awat tak naik"(tapi cik diari tak ckp lorat utara la, hehe). Saya pun naik la n cari kat bahagian drink n nampak la bebudak ni dah ramai berkumpul kat sana. Sampai je saya pun beri salam n duduk.

Semasa TimeOut

Masa TimeOut saya tak banyak cakap pun. Saya kalo jumpe membe baru saya mmg camni. Susah kalo saya nak start dulu. Nasib baikla ade Sodep. Dapat gak bergelak ketawa. Ahaks... Meja dah la panjang so Sodep lepas borak ngan sebelah sana dia pun datang kat tempat saya duduk borak. Tabik spring la kat ko Sodep. Harap saya pun leh jadi peramah mcm ko bila jumpe membe baru. Mcm dah kenal lame je cara Sodep ni berborak. Heh... Mmg betul la cakap Spiral, Sodep ni leh jadi emcee of da year. Kedatangan hari ni saya kira memuaskan sebab ramai yg dapat datang. Setelah semua minum n makan, menapak ke Pertama Kompleks sebab diorang cadang nak main bowling. Masa diorang tengah siap2 nak main bowling saya pun minta diri utk balik sebab masa tu dah jam 4.40 ptg. Bas saya kol 5.30 ptg.

Perjalanan Ke Temerloh

Keluar je dari Pertama Kompleks terkezut sebab dah ujan rupenye. Kuyup gak la nak sampai ke Stesen Bandaraya. Saya sampai Stesen Pekeliling jam 5.10 ptg. Terus je beli majalah Mastika n air 100 plus n naik bas. Kali ni bas tek sepenuh pagi tadi. Saya ambil seat belakang n terus terlelap. Penat seh... Bangun2 je lagi 10 km nak sampai Temerloh. Tiba di Terminal Bas Temerloh jam 7.30 mlm n tpon adik suruh ambil.

Mengenai TimeOut

Ini adalah gath yang pertama saya pernah gi n bagi saya memang best la dapat jumpe ahli2 msjbox yang lain. Walau pun tak nampak kegembiraan tu sebab saya banyak dok senyap je, tapi hakikatnye saya mmg happy sebab kali ni saya nekad gak nak join TimeOut ni walaupun jauh. Sebelum ni dah banyak gath yang Farah Fan Club(FFC) buat tapi satu pun tak pernah gi. Seronok gak sebab dapat tgk muka ahli2 semua sebab selama ni mane leh nampak muke kat blog. Kalo nampak pun tak jelas kecuali Sodep. Mcm saya kat blog orang nampak mcm kurus tapi bila jumpe live haaa... XXXXL, ahaks... Kalo lepas ni ade lagi gath utk ahli2 msjbox ni, insyaAllah saya akan datang lagi.

Tq kat korang sebab memasing sporting n saya harap lepas ni jun dapat tingkatkan lagi msjbox dia n leh lagi buat 2nd gath. K la, badan dah seram sejuk ni. Rasanya nak demam sebab tadi banyak ngat kena ujan. Semoga dapat jumpa lagi.........


Posted at 10:16 pm by firdee
Nak komen?  

Sunday, October 02, 2005
Demam

Waaa...balik je dari TimeOut semalam terus je badan ni panas gile. Kepala ni berat je rasanya. Lepas je makan malam kol 8.30 terus ke tdo sampai la ke pagi tadi. Bagun pagi tadi kepala ni fenin fenin lalat lagi. Tak tahan rasanya pastu sambung tdo kol 12 thg sampai la kol 6 ptg. Bagun kali ni baru lah ringan sket kepala ni. Skrg ni badan dah berpeluh n itu satu petanda baik yang demam ni dah nak kebah. Harap2 takde la panas balik badan ni sebab tempahan orang tak siap lagi.

Posted at 09:28 pm by firdee
Dah ada 1 komen  

Monday, October 03, 2005
Ramadhan Al-Mubarak

Baru je sekejap tadi penyimpan mohor-mohor besar raja-raja mengistiharkan yang kita akan mula berpuasa pada 5 Oktober 2005 bersamaan dengan hari Rabu. Lusa start la umat Islam seluruh Malaysia n dunia berpuasa. Diharap puasa kali ini akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Kepada semua membe blog, SELAMAT BERPUASA....

* Jangan ponteng-ponteng tau...Ahaks :p

Posted at 09:42 pm by firdee
Dah ada 5 komen  

Next Page
   

<< July 2021 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed